fbpx

Kesilapan teknikal punca sembilan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masing (kiri) ditemani Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi melawat lokasi kejadian sembilan lemas di Sebuyau hari ini.

SEBUYAU – Kesilapan teknikal menjadi faktor utama kepada tragedi Feri Triso semalam yang mengorbankan sembilan nyawa.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing berkata, insiden tersebut berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa sedang berundur dari tanjakan feri terbabit.

“Sebenarnya kenderaan tersebut telah terjatuh dari tanjakan, bukannya dari atas feri maka ia bukanlah kesalahan operator.

“Semasa kejadian, feri yang hendak dinaiki sudahpun bergerak menyeberangi sungai sejauh 60 meter dari tanjakan.

“Apapun kita serahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke lokasi kejadian hari ini.

Susulan itu, Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menambah kemungkinan besar kerajaan negeri akan melaksanakan semula garis panduan untuk perkhidmatan feri dengan lebih ketat.

“Kita juga akan membina penghadang untuk menambahbaik keselamatan di pangkalan feri,” katanya lagi.

Beliau mengulas lanjut mengenai insiden yang meragut nyawa sembilan orang mangsa termasuk bayi berusia empat bulan apabila kenderaan yang dinaiki mereka jatuh ke sungai Batang Lupar di Jalan Beladin Triso di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI