fbpx

Kes sembuh melebihi kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini masih kekal pada angka 2,000 dengan 2,295 kes dicatatkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 117,373 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, angka sembuh merekodkan sebanyak 3,321 kes iaitu lebih tinggi daripada kes baharu dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 94,492 kes.

“Selain itu, daripada jumlah kes positif hari ini sebanyak sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 2,286 kes adalah penularan tempatan.

“Sembilan lagi kes kematian baharu dilaporkan menjadikan sebanyak 483 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 125 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI