fbpx

Kem Arsenal goncang, pemain pertikai Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA berdepan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain sendiri. - AFP

LONDON – Kem Arsenal bergolak lagi selepas seorang pemain bintang mereka didakwa bertekak dengan pengurus, Mikel Arteta berhubung polisi pengendali dari Sepanyol itu.

Difahamkan, pemain yang tidak didedahkan identiti itu menyuarakan rasa tidak puas hati selepas mendapati Arteta mengamalkan sikap pilih kasih dalam pemilihan pemain.

Insiden tersebut dikatakan berlaku di hadapan pemain-pemain lain ketika mesyuarat pasukan dijalankan dan ia sekali gus menjejaskan kredibiliti Arteta.

Arteta yang juga bekas pemain The Gunners menerima banyak kecaman selepas dianggap masih belum layak membimbing Arsenal apabila menghuni tangga ke-13 liga.

Bagaimanapun, beliau berjaya meredakan sedikit tekanan apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Chelsea dan Brighton.

Sementara itu, Arteta juga dijangka ‘sibuk’ pada jendela perpindahan nanti apabila sudah melepaskan Sead Kolasinac menyertai Schalke secara pinjaman.

Meskipun berdepan tekanan, namun beliau tetap positif selain menganggap kecaman yang diterima sebagai lumrah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI