fbpx

IKEA Damansara ditutup sementara angkara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKEA Damansara.

PETALING JAYA – Jenama perabot terkenal, IKEA umumkan cawangannya di Damansara ditutup buat sementara mulai hari ini susulan beberapa kes positif Covid-19 telah dikesan dalam kalangan kakitangannya serta pihak vendor perkhidmatan.

IKEA melalui satu kenyataan hari ini, kes-kes tersebut dikesan menerusi ujian saringan rutin yang dijalankan oleh syarikat itu.

“Pihak kami dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup cawangan kami mulai hari ini sehingga diberitahu kelak untuk menjalankan pengesanan kontak rapat dan kerja-kerja sanitasi mengikut standard KKM.

“Kami sudah dan akan terus melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengubah pekerja dari pihak vendor perkhidmatan, pengesanan kontak, ujian swab, kuarantin untuk kontak rapat serta kerja sanitasi,” jelas kenyataan itu hari ini.

Namun, jumlah kakitangan yang didapati positif serta butiran tentang tarikh terakhir mereka berada di cawangan tersebut tidak dijelaskan.

Sementara itu, jelas IKEA, pelanggan yang dipercayai kontak rapat kepada kes positif tersebut akan dihubungi oleh pihak berkuasa sendiri.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan memastikan semua langkah pencegahan diambil di semua cawangan,” katanya.

IKEA cawangan Damansara pernah ditutup sementara pada 7 November lalu selepas seorang pekerja sambilan di cawangan tersebut disyaki positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI