fbpx

Cuaca buruk dan waspada di lima negeri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dan amaran waspada peringkat kuning bagi lima negeri hari ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk peringkat jingga akan berlaku di dua negeri iaitu Pahang dan Johor.

Katanya, kedua-dua negeri ini dijangka akan menerima hujan lebat berterusan sepanjang hari ini.

“Bagi negeri Pahang daerah yang terlibat adalah Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor ia membabitkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

 

Cuaca buruk peringkat jingga dijangka berlaku di Pahang dan Johor.

Sementara itu, MetMalaysia berkata, bagi amaran cuaca waspada peringkat kuning, ia dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan daerah Batu Pahat dan Pontian di Johor.

“Amaran yang sama turut diramal berlaku di Pahang melibatakan daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera, manakala di Sabah ia melibatkan daerah Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

“Dijangka beberapa kawasan di negeri terbabit akan menerima hujan lebat sepanjang hari ini,” jelas MetMalaysia.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI