fbpx

Costa pilih bersama Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COSTA membatalkan kontrak bersama Atletico dan dijangka kembali ke England untuk bersama Mourinho di Spurs. – AFP

LONDON – Khidmat pe­nyerang antarabangsa Sepanyol, Diego Costa menjadi buruan kelab-kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bergelar ejen bebas susulan pembatalan kontrak bersama pasukan gergasi La Liga, Atletico Madrid awal minggu ini.

Sebagai rekod, antara pasukan yang sememangnya berminat untuk mendapatkan Costa adalah Wolverhampton Wanderers, Tottenham Hotspur, Liverpool, Everton dan Arsenal.

Namun, pasukan Spurs difahamkan menjadi pilihan utama buat penyerang berusia 32 tahun itu memandangkan beliau sangat berminat untuk kembali menjalinkan kerjasama bersama pengendali berpengaruh, Jose Mourinho.

Sebelum ini Mourinho pernah membimbing Costa sewaktu menjadi pengurus pasukan Chelsea dan kedua-dua individu ini berjaya menghadiahkan gelaran EPL pada musim 2015.

Spurs dipercayai tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji Costa seperti yang di­terima ketika bersama Atletico iaitu sebanyak £108,000 (RM509,000) seminggu dengan kontrak jangka pendek selama enam bulan.

Buat masa ini, Spurs hanya mempunyai dua pemain yang beraksi di posisi penyerang i­a­itu Harry Kane dan Carlos Vinicius yang dipinjamkan dari­pada Benfica.

Dalam perkembangan sama, Atletico dilaporkan sudah me­nemui pengganti kepada Costa dengan meletakkan pemain Leeds United, Rodrigo Moreno sebagai calon utama.

Namun, perpindahan itu dijangka sukar untuk direa­lisasikan memandangkan Rodrigo baru sahaja berhijrah ke Leeds dengan rekod perpindahan termahal dalam sejarah kelab pada September lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI