fbpx

Bot karam dihentam ombak besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN AZHAR (tengah) bersama Mohd. Azri (kanan) dan Tuan Azrizal (kiri) mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Besut sebaik diselamatkan.

PASIR PUTEH – Empat nelayan nekad menyelamatkan diri apabila bersama-sama berenang sejauh 13 kilometer selama 14 jam selepas bot yang mereka naiki karam dipukul ombak setinggi empat meter kelmarin.

Kejadian pada pukul 1.30 petang itu berlaku apabila bot yang sarat dengan pukat dan hasil laut dimasuki air selepas dipukul ombak besar.

Sebaik karam, kesemua nelayan yang memakai jaket ke­selamatan berenang ke Pulau Perhentian dekat Besut, Terengganu untuk menyelamatkan diri.

Tekong bot, Tuan Azhar Tengku Long, 47, berkata, dia bersama anaknya, Tuan Azrizal, 17, dan dua lagi awak-awak Norizan Yusof, 45, dan Mohd. Azri Mohd. Rasdi, 28, tidak berpecah sewaktu jatuh ke dalam laut.

“Sebelum kejadian, hujan le­bat di tengah laut hingga me­ngakibatkan angin dan ombak besar telah memukul bot kami.

“Ketika itu saya hanya fikir biarlah hasil laut hilang asalkan kami semua selamat. Bagaima­napun, seorang lagi awak-awak, Ashaari Leh, 45, terpisah walaupun pada mulanya turut berenang ke arah pulau.

“Ini kejadian pertama me­nimpa saya sejak 26 tahun menjadi nelayan. Pengalaman be­renang dalam tempoh yang lama itu amat memeritkan,” ceritanya ketika ditemui di Pangkalan Ma­ritim Malaysia Kelantan di sini semalam.

INFOGRAFIK

Tambahnya, kesemua mereka memakai jaket keselamatan dan tidak berpecah ketika berenang sambil melawan gelora laut.

“Kami berenang lebih 14 jam sebelum selamat mendarat di Pulau Perhentian pada pukul 4 pagi semalam (kelmarin),” kata­nya sambil memberitahu hanya mampu mengucap kalimah syahadah selain terus berserah kepada takdir.

Menurut Tuan Azhar, ketika kejadian, mereka berhasrat untuk mencari tempat perlindu­ngan, namun gagal kerana kea­daan ombak yang tinggi dan laut bergelora.

“Syukur kami terselamat dan semoga Ashaari juga ditemui dalam keadaan selamat,” kata­nya.

Kesemua mereka tiba di Tok Bali pada pukul 1.30 petang ­semalam dengan kapal Maritim Amanah.

Seorang daripada mangsa terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Besut kerana sesak nafas manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar di klinik sama.

Sementara itu di Putrajaya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan semua aset-aset strategik milik APMM digerakkan untuk mencari Ashaari yang masih belum ditemui sehingga lewat petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI