fbpx

Asaari masih gagal ditemui selepas SAR hari ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota penyelamat melakukan rondaan udara mengesan mangsa bot karam di sekitar perairan Pulau Perhentian, Besut hari ini.

PASIR PUTEH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga gagal menemui seorang lagi mangsa, Asaari Leh, 45, yang terlibat dalam insiden bot karam di perairan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan, Kapten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, usaha pencarian ditingkatkan bagi mengesan mangsa di sekitar empat batu nautika Barat Daya Pulau Perhentian.

Menurutnya, SAR yang diterajui Maritim Malaysia telah melibatkan aset laut dan udara pelbagai agensi.

“Maritim Malaysia mengatur gerak dua aset laut, KM Tok Bali dan Kilat 28 seawal pukul 7.00 pagi tadi memasuki sektor pencarian.

“Selain itu, pesawat m AW139 turut membuat tinjauan udara di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan pencarian sudah diteruskan dengan jumlah keluasan 1,754 batu nautika,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI