fbpx

32 mangsa dipindahkan di Maran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan mangsa yang terjejas selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Jara di Maran semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

MARAN – Seramai 32 mangsa daripada lapan keluarga di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Mohd. Zairosnizam Mohd. Tarmizi, berkata, kesemua mangsa daripada Kampung Jara dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Jara sejak semalam.

“Limpahan Sungai Ulu Jempol akibat hujan lebat menyebabkan 11 buah rumah telah dinaiki air dan kesemua 11 keluarga dipindahkan ke PPS.

“Pada masa ini pihak berkuasa masih terus melakukan pemantauan berterusan dan bersiap sedia memindahkan mangsa yang terjejas,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang dipindahkan termasuklah seorang orang kurang upaya (OKU), seorang warga emas, dua bayi, 12 kanak-kanak dan 16 dewasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI