fbpx

PPZ-MAIWP raih zakat tertinggi sejak 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip sebanyak RM756 juta zakat pada tahun lalu.

Kutipan zakat itu melebihi sasaran ditetapkan iaitu RM682 juta pada tahun 2019 dan sekali gus pencapaian terbaik dalam sejarah penubuhan PPZ-MAIWP sejak 30 tahun yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, jumlah kutipan zakat itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus iaitu sebanyak RM74 juta.

“Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kutipan zakat telah menunjukkan peningkatan yang amat luar biasa walaupun ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, dengan rasa syukur saya ingin memberi penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat kerana menunaikan kewajipan berzakat sepanjang tahun 2020,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sesungguhnya beliau amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh semua #heroasnaf.

Zulkifli berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), beliau melihat kesungguhan ditunjukkan seluruh warga kerja PPZ-MAIWP.

“Mereka (PPZ-MAIWP) telah menggerakkan usaha dakwah zakat dan menyantuni pelbagai lapisan masyarakat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Khaira PPZ terutama di waktu yang sukar ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Lembaga Pengarah PPZ-MAIWP yang diterajui oleh Datuk Seri Syed Ali AI-Habshee, barisan pengurusan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff dan seluruh warga kerja hebat PPZ-MAIWP di atas pencapaian itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI