fbpx

Tiga kenangan paling terkesan buat Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI

PUTRAJAYA – Tiga kenangan yang paling terkesan di hati Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri sepanjang tahun 2020.

Antaranya ialah kejayaan inisiatif #MusaadahCovid-19, pengalaman berharga mentadbir portfolio hal-ehwal agama dan usaha berterusan menambah baik tadbir urus hal-ehwal Islam.

Berkongsi perkara itu menerusi laman sosialnya, Zulkifli berkata, inisiatif #MusaadahCovid-19 berjaya mengagihkan sejumlah RM365.5 juta kepada 12 kelompok sasar di seluruh Malaysia bermula Mac lalu.

“Ini tidak termasuk agihan bulanan zakat kepada asnaf Wilayah Persekutuan yang mencecah RM623.6 juta dan lain-lain.

“Insya-Allah, saya akan keluarkan Kad Laporan Mac – Disember 2020 Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama) untuk penelitian semua rakyat Malaysia,” katanya.

Zulkifli berkata, ia satu kepuasan yang amat mendalam apabila melihat sendiri aliran keluaran wang zakat, sedekah, wakaf dan lain-lain kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, Zulkifli berkata, beliau mengakui tugas yang yang dipikul sekarang memang mencabar namun, tetap berazam untuk melaksanakan apa yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara dalam tempoh ini.

“Alhamdulillah, bagi yang mengikuti perkembangan yang saya kongsikan di semua media sosial saya (Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan Telegram Messenger), banyak perubahan yang telah dilaksanakan dalam tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat persekutuan.

“Menerima amanah dalam tempoh getir pandemik Covid-19 sememangnya pengalaman yang baharu buat saya.

“Saya juga punya rakan sekerja yang amat memahami dan kami saling melengkapi. Terima kasih kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary,” ujar beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI