fbpx

Suspek bunuh kucing bunting direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek bunuh kucing bunting direman empat hari.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Suspek wanita yang didakwa memukul seekor kucing bunting sehingga mati kelmarin direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam di sini yang juga bertindak ysebagai Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Terdahulu, suspek berusia 51 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi sambil diiringi anggota polis serta anggota penyiasat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari itu bagaimanapun kelihatan tenang sepanjang proses itu berjalan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang di bawah sebuah pangsapuri di Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini kelmarin, suspek dikatakan telah memukul dua ekor kucing yang sedang diberi makan oleh seorang rakan saksi kejadian.

Tindakan itu dipercayai dilakukan kerana berang dengan beberapa ekor kucing yang sebelum itu telah membuang najis di hadapan rumahnya di kawasan berkenaan.

Akibat kejadian itu, seekor kucing bunting mati, manakala seekor anak kucing luka pada mulut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan polis turut menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas suspek dipercayai turut dipukul oleh beberapa individu susulan tindakan kejamnya terhadap kucing-kucing itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI