fbpx

Shakir bakal perkuat skuad The Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAKIR yang merupakan pemain berasal dari Singapura akan memenuhi kuota import ASEAN bagi pasukan Perak musim depan.

PENGURUS Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah mendedahkan bahawa pihaknya berjaya mendapatkan khidmat Shakir Hamzah bagi memperkuatkan pasukan tersebut pada saingan Liga Super musim 2021.

“Perak sudah dapat khidmat bekas pemain pertahanan Kedah berasal dari Singapura selaku pemain import kuota ASEAN bagi musim depan,” kata Adly yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) semalam.

Shakir, 28, adalah pemain kedua dari Kedah yang menyer­tai Perak selepas penjaga gol muda, Muhammad Azri Abdul Ghani bagi menggantikan pemain Kemboja, Thierry Chantha Bin yang tidak disambung kontrak.

Azri pula menggantikan Khairul Amri Salehuddin yang tidak diperbaharui kontraknya bagi musim hadapan.

Pada masa sama, skuad The Bos Gaurus turut mengikat bek kanan UiTM FC, Danish Haziq Saipul Hisham dalam usaha memantapkan benteng pertahanan pasukan itu yang bolos 19 gol pada musim lalu.

Adly Shah juga memberitahu, pasukan Perak akan terus menyandarkan harapan kepada tiga pemain import iaitu Guilherme De Paula, Leandro Dos Santos dan Raianderson Da Costa Morais atau Careca bagi mencapai sasaran musim hadapan.

Bagaimanapun, skuad ken­dalian Mehmet Durakovic itu kehilangan khidmat beberapa pemain besar seperti penye­rang sensasi, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi yang memilih haluan ke Selangor.

Turut digugurkan daripada pasukan pada musim baharu nanti adalah Hafiz Ramdan, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Beto) dan K. Sathiya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI