fbpx

Permaisuri Agong murka individu hina agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah

PETALING JAYA – Tuanku Raja Permaisuri Agong murka terhadap beberapa hantaran gambar di media sosial yang menghina wajah suami baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram memuat naik tiga tangkapan layar gambar Al-Sultan Abdullah yang telah disunting oleh pemilik akaun ‘bukan_bangjago’ dan menggesa individu itu dikenakan tindakan.

Namun baginda dalam catatan sempat bergurau kepada suaminya foto itu kelihatan “comel dan seksi”.

“Beta menunjukkan hantaran kepada suami dan memberitahunya tuanku kelihatan comel dan seksi.

“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja.

“Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan,” tulis Tunku Azizah di Instagram baginda hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI