fbpx

Pengawal keselamatan rugi RM1,760 ditipu sindiket pinjaman wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang pengawal keselamatan di Kepala Batas di sini kerugian wang sebanyak RM1,760 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pinjaman wang tidak wujud semalam.

Mangsa, lelaki berusia 55 tahun terjerat dalam penipuan itu selepas melihat iklan berkenaan di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berhasrat membuat pinjaman peribadi sebanyak RM5,000 baru-baru ini.

“Bagaimanapun, dia dikehendaki membuat bayaran pendahuluan untuk membersihkan namanya daripada rekod senarai hitam.

“Mangsa membuat bayaran tersebut melalui lima transaksi ke dalam dua akaun berbeza dan dia percaya wang itu akan dipulangkan semula,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa hanya menyedari dia ditipu apabila ejen pinjaman wang itu masih meminta dia membuat bayaran tambahan, namun masih tidak menerima wang yang mahu dipinjam.

Menurutnya, mangsa membuat laporan polis semalam selepas menyerahkan wang berjumlah RM1,760.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI