fbpx

Pelajar dibenar ke kampus 1 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini.

PUTRAJAYA – Pelajar tempatan institusi pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac depan.

Kebenaran itu diluluskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 23 Disember lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini berkata, kemasukan pelajar dari Zon Merah adalah 10 hari lebih awal untuk menjalani proses pengasingan demi memastikan mereka bebas Covid-19.

Beliau berkata, kemasukan pelajar IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak pula tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing.

“MKN juga telah meluluskan cadangan KPT untuk membenarkan kemasukan semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu di IPTA dan IPTS kecuali dari United Kingdom seawal 1 Januari ini.

“Pelajar antarabangsa perlu memenuhi syarat kuarantin wajib selama 10 hari sebelum masuk ke kampus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI