fbpx

Lapan kumpulan gangster aktif di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Polis Johor mendedahkan terdapat lapan kumpulan kongsi gelap masih aktif melakukan kegiatan jenayah di negeri ini yang dianggotai lebih 483 ahli.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan itu terdiri daripada tiga kumpulan gangster India dan lima kongsi gelap Cina.

Menurutnya, kumpulan kongsi gelap India yang masih aktif ialah Geng 36 yang terdiri daripada 87 ahli kumpulan, Geng 04 (72) dan Geng 21 (91).

Manakala, kumpulan Cina pula ialah Jin Jee Tong 360 (71), Hong Hong San (61), Jjee It Hai 21 (25), Gee Hong San 253 (71) dan Double 7 (5).

“Pada 2018, banyak kita tangkap gangster untuk didakwa dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

“Ketika itu kerajaan membuat keputusan untuk membebaskan mereka dan tuduh dibawah Akta Pertubuhan 1966, lepas mereka dibebaskan mereka kembali aktif,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, kongsi gelap tersebut aktif di seluruh negeri Johor sejak tahun 1980-an lagi namun terbaharu kumpulan gangster aktif di kawasan Batu Pahat.

Jelasnya, mereka dipercayai aktif melakukan pelbagai aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah, pelacuran, penyeludupan selain dan tarik kereta.

“Polis akan sentiasa memantau aktiviti kumpulan kongsi gelap terbabit, ada kita tangkap dan tuduh dibawah akta sedia ada,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI