fbpx

Kartel daging: Polis Johor siasatan bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan menyiasat satu laporan berhubung isu kartel daging sejuk beku dan pemalsuan dokumen yang dilakukan di sebuah gudang kartel di Senai di sini, mengikut Seksyen 298 A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, laporan itu merupakan salah satu daripada 15 laporan polis berhubung kes terbabit yang diterima sejak awal Disember ini.

Menurutnya, laporan polis itu dibuat sebagai menyuarakan kebimbangan dan ketidakselesaan pihak terlibat terhadap isu ini kerana melibatkan agama.

“Seperti mana yang dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan siasatan berhubung isu kartel daging ini.

“Pihak polis Bukit Aman akan buka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam).

“Tetapi ada satu laporan polis dibuat di Kulai oleh seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kulai berhubung isu ini. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 A Kanun Keseksaan (melukakan perasaan umat Islam),”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor di sini hari ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI