PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membuat penampilan khas pada program demonstrasi masakan oleh Chef Norman Musa petang ini.
Istana Negara melalui laman Facebooknya berkata, demonstrasi masakan itu akan dibuat secara lintas langsung di www.malaysianchefs.com bermula pukul 6 petang hari ini.
Chef Norman yang mewakili Masters of Malaysian Cuisine akan memasak makanan Malaysia menggunakan resipi dari buku resipi yang dihasilkan oleh Tunku Azizah.
Masters of Malaysian Cuisine merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan dengan antara lain bertujuan untuk mempromosikan dan menonjolkan chef-chef terkemuka kelahiran Malaysia yang menetap di dalam dan luar negara. K! ONLINE