fbpx

Batal diet selepas jumpa tikus dalam salad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGKUSAN salad yang dibeli di sebuah pasar raya di Newport. – HYDE NEWS AND PICTURE

LONDON – Seorang wanita membatalkan hasrat untuk berdiet bagi menguruskan badannya apabila dia menjumpai bangkai seekor tikus di dalam bungkusan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya di bandar Newport, Britain baru-baru ini, lapor akhbar Metro UK.

Wanita tersebut, Christine Egerton berkata, dia akan berhenti berdiet dan mengambil makanan sihat seperti salad dan kembali memakan makanan ringan kerana tidak mahu peristiwa meloyakan itu berulang.

“Saya membeli bungkusan salad ini beberapa hari lalu dan selepas membukanya, saya terpaksa membuka semua tingkap di rumah untuk menghilangkan bau busuk bangkai tikus.

“Saya tidak tahu bagaimana tikus ini boleh berada di dalam bungkusan salah yang dibeli,” katanya.

 

 

 

BANGKAI tikus yang dijumpai dalam bungkusan salad tersebut. – HYDE NEWS AND PICTURE

 

Selain itu, Christine berkata, keluarganya ‘jatuh sakit’ selepas dia membuka bungkusan salad dan menemui bangkai haiwan terbabit.

“Saya tidak akan membeli bungkusan salad ini lagi selepas ini kerana baunya sangat busuk hingga dapat dihidu dari setiap penjuru rumah.

“Kami sekeluarga terus hilang selera makan dan semua makanan terpaksa dibuang selain mengalami muntah akibat terlalu loya,” katanya.

Tambah Christine, selepas membuat aduan mengenai kejadian itu, pihak pasar raya te­lah memohon maaf di samping menawarkannya sesuatu sebagai ganti rugi.

Sementara itu, jurucakap pasar raya berkenaan berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

“Kami telah menghubungi pelanggan terbabit dan siasatan berhubung perkara itu sedang kami jalankan.

“Kami turut memohon maaf di atas kejadian tersebut dan menawarkan sesuatu sebagai ganti rugi,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI