fbpx

10 remaja terlibat aktiviti parti liar semasa PKP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peralatan yang dirampas polis pada serbuan di parti liar tersebut.

PORT DICKSON – Tindakan 10 remaja yang tidak mengedahkan peraturan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan terlibat dalam aktiviti parti liar dan penyalahgunaan dadah memakan diri apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah aparment di Teluk Kemang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, bertindak atas maklumat pihak polis telah menyerbu sebuah bilik di apartment tersebut pada pukul 9 pagi dan menahan 10 remaja yang terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan.

“Kesemua remaja berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki cecair dipercayai dadah berbahaya.

“Selain itu, remaja yang berasal dari Selangor iaitu Kajang, Bangi dan Sepang itu turut dikompaun setiap seorang kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard PKP,” katanya di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, kesemua remaja tersebut yang masih di bawah umur dikompaun kerana tidak mengamalkan norma baharu dengan berkumpul dalam ‘Private Party’ iaitu parti secara tertutup yang mana sukar untuk mengawal perilaku mereka.

“Mereka juga mungkin menjadi kontak rapat kerana berada dalam tempat sama untuk jangka masa panjang.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas rokok elektronik (port vape) dan botol bewarna hitam masing-masing disyaki mengandungi cecair dipercayai dadah berbahaya seberat 0.1 gram,” katanya.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua remaja itu negatif dadah dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI