fbpx

10 minit pujuk gadis OKU mahu terjun dari bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menyelamatkan seorang gadis daripada terjatuh dari bumbung rumahnya di Sungai Ara di sini malam semalam.

GEORGE TOWN – Anggota bomba terpaksa menggunakan keadah memujuk seperti kanak-kanak kecil bagi menyelamatkan seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran yang dipercayai mahu bertindak terjun dari bumbung rumahnya di Sungai Ara di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dikatakan mengalami tekanan perasaan sebelum memanjat dan duduk di atas bumbung rumahnya hampir setengah jam.

Keluarga remaja terbabit terpaksa mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi membantu menyelamatkan anak mereka sebelum menghubungi pasukan bomba.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Marhairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.06 malam dan sampai ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati remaja terbabit berada dalam keadaan meniarap di atas bumbung dengan jarak ketinggian kira-kira tiga meter dari bawah.

“Semasa itu hujan lebat. Anggota mengambil masa selama 10 minit untuk memujuk mangsa macam anak-anak disebabkan dia (mangsa) mempunyai masalah pembelajaran sejak kecil.

“Sebelum itu, ayahnya juga telah memujuknya tetapi tidak berjaya. Kita akhirnya berjaya menarik mangsa daripada terjatuh ke bawah ketika dia berada dalam keadaan leka,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Marhairi memberitahu, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulan APM untuk mendapatkan rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI