fbpx

Wanita Cukup Berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Penularan Covid-19 di Malaysia ternyata bukan sahaja dilihat menjejaskan kesihatan rakyat malah menyebabkan kehidupan yang sebelum ini ceria berubah kepada sukar dan penuh cabaran.

Ia dapat diterjemahkan apabila ramai individu kehilangan punca pendapatan ekoran dibuang kerja seterusnya memilih cabang perniagaan kecil sebagai talian hayat berikutnya.

Pun begitu, impak daripada Covid-19 turut menyebabkan perniagaan kecil yang bergantung kepada modal minimum terkena tempias sama dan ada terpaksa gulung tikar.

Menyedari kesukaran itu, MAGGI® mengambil inisiatif menganjurkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® bagi memberi inspirasi kepada golongan itu serta meningkatkan keyakinan khususnya dalam keusahawanan.

Bengkel ini merupakan salah satu komponen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®yang bertujuan untuk mengalakkan dan memberi keyakinan kepada wanita untuk mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru dalam apa jua bidang mahupun keusahawanan atau pemasakkan.

Afzuzilla bersama keluarganya.

Bagi seorang peserta, Afzuzilla Mislan, 33, menyifatkan penyertaannya dalam bengkel online itu berjaya mengubah persepsi dirinya terhadap kehidupan dan bidang perniagaan yang diusahakan.

“Saya mahu bantu keluarga dan saya ingin keluar daripada zon selesa. Itu tujuan utama menyertainya, saya mahu bantu suami jana pendapatan tambahan untuk keluarga kecil kami.

“Sebagai golongan B40, Covid-19 sememangnya memberi kesan kepada kehidupan kami sekeluarga. Jadi, saya perlu belajar sesuatu untuk memajukan perniagaan ais krim yang diusahakan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Bercakap mengenai bengkel online tersebut, ibu dua cahaya itu berkata, penyertaannya bermula selepas melihat iklan yang dipaparkan di laman sosial Facebook.

“Ketika itu, saya memang mencari program khas seperti ilmu komunikasi, pernigaan dan pemasaran. Alhamdulilah, bengkel online MAGGI®memang menepati apa yang saya inginkan.

“Sejujurnya, banyak yang dipelajari khususnya bagi memajukan perniagaan ais krim yang diusahakan sejak tahun lalu. Sebelum ini, ia mungkin dijalankan secara ‘orang kampung’ tetapi kini lebih teratur dan profesional,” jelasnya.

Bekas graduan Universiti Putra Malaysia itu turut berhasrat mengembangkan perniagaan yang diusahakan di Merlimau, Melaka pada tahun hadapan dengan menambahkan pengeluaran aneka ais krim.

“Jika ada modal lebih, saya berhasrat membeli peti ais lebih besar dan menghasilkan lebih banyak ais krim untuk dihantar ke majls-majlis keraian seperti perkahwinan serta sambutan hari lahir,” ujarnya.

Afzuzilla membuat ais krim Malaysia dari rumahnya.

Senada dengan Afzuzilla ialah Roslina Mohd. Isa turut menyifatkan bengkel online tersebut sebagai sebuah platform membantu usahawan wanita terutamanya ketika waktu sukar Covid-19.

Jelas wanita berusia 43 tahun itu, perniagaan kuih-muih tradisional yang diusahakannya di Klang, Selangor turut terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

“Sebelum ini, saya hanya meniaga di gerai sahaja dan apabila ada PKP, kami tidak boleh berniaga. Situasi ketika itu agar sukar dan pendapatan saya terjejas hampir 40 peratus.

“Saya terpaksa mencari alternatif lain seperti membuat tempahan kuih-muih secara terbuka dengan bertanya kepada kawan-kawan bagi meneruskan kelangsungan perniagaan,” katanya.

Bagaimanapun, corak perniagaan yang diusahakannya bersama suami dilihat sedikit berubah selepas melihat iklan bengkel online MAGGI® yang disiarkan di kaca televisyen beberapa bulan lalu.

“Saya pelajari banyak benda daripada bengkel tersebut, dan apa yang paling mengujakan ialah cara pemasaran produk kuih-muih ketika ini iaitu menggunakan platform digital.

“Itu motivasi saya kerana melihat ramai individu berjaya menggunakan media sosial dalam memasarkan produk mereka. Saya berharap, platform itu akan membolehkan kuih-muih saya lebih dikenali kelak,” ceritanya.

Roslina membuat kuih dari rumah dan kini menjadi sumber pendapatan utamanya.

Beliau juga mempunyai perancangan memasarkan produk kuih-muih seperti koci, karipap dan lepat secara sejuk beku pada tahun depan selepas mempelajari pelbagai ilmu daripada bengkel berkenaan.

Afzuzilla dan Roslina merupakan antara perserta yang menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang diadakan pada bulan September dan Oktober lalu yang mendapat sambutan hangat rakyat apabila disertai lebih 905 peserta di seluruh negara.

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, sebuah program nasional yang dianjurkan hasil kolaborasi bersama Women Will oleh Google Malaysia. Komponen seterusnya, peserta-peserta bengkel terpilih akan menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian dan seterusnya menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih.

Mereka akan menerima bimbingan secara peribadi oleh usahawan dan personaliti yang berjaya iaitu duta jenama bagi MAGGI® CukupRasa Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place Sheila Rusly dan Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery Anne Idris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI