fbpx

Si cantik, kacak seberang paling bersinar 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM bintang muda Indonesia paling bersinar 2020 pilihan HibGlam.

INDUSTRI hiburan dari seberang tidak ketinggalan menyaksikan kelestarian pelbagai agenda seni biarpun ketika diancam Covid-19.

Biar berdepan waktu-waktu sukar, para pemain industri tetap memberikan hasil kerja menarik dalam mencipta ruang hiburan dan tontonan terbaik buat khalayak.

Beberapa nama selebriti Indonesia dilihat berjaya menonjol dan dianggap bersinar pada tahun 2020.

Tahun 2020 juga menyaksikan beberapa nama baharu hadir menghiasi layar kaca penonton untuk tahun ini.

Pria terpuji

Antaranya ialah pelakon muda, Rey Bong yang dilirik sebagai aktor paling mendapat perhatian pada tahun 2020.

Biarpun mentah, namun bakat dan populariti yang diraihnya berjaya mencuri perhatian dan bersinar menerusi karya yang dipersembahkan.

Masih berusia 15 tahun, Rey Bong membuktikan bakatnya cukup besar selepas berjaya mendapat anugerah Pameran Pria Terpuji Serial Televisi pada Festival Filem Bandung 2020 yang berlangsung November lalu.

REY BONG

Kejayaan tersebut terjulang hasil persembahan cemerlang Rey menerusi sinetron berjudul Dari Jendela SMP2020.

Nama lain yang dianggap turut bersinar adalah Verrell Bramasta yang berjaya mencuri hati penonton dan peminatnya menerusi sinetron Putri Untuk Pangeran.

Berusia 24 tahun, pelakon asal Jakarta itu bukan sahaja menyerlah sebagai aktor, bahkan turut laris dalam bidang peragaan dan sering muncul menghiasi iklan-iklan ternama dalam televisyen.

Untuk 2020, Verrell telah mendapat anugerah Aktor Tersilet dalam anugerah Silet Award 2020 pada 27 Oktober lalu.

Nama Angga Aldi Yunanda tidak ketinggalan untuk memasuki sebaris dengan Verrel.

Biarpun pawagam di seluruh Indonesia ditutup ekoran Covid-19, Angga tetap bersinar menerusi dua buah filemnya, Mariposa dan Di Bawah Umur.

Selain bakat lakonan, ketampanan Angga juga menjadi perhatian pemain industri seni Indonesia yang dianggap menarik dan mampu membuka peluang besar untuknya bersinar dalam industri.

Si jelita popular

Dalam kalangan aktres pula, pelakon Febby Rastanty dilihat mampu mempertahankan populariti walaupun boleh dikatakan sebagai senior dalam industri seni Indonesia.

Untuk 2020, aktres berusia 24 tahun itu berjaya meletakkan namanya dalam dua kategori ketika anugerah SCTV Awards 2020 iaitu Aktris Utama Paling Ngetop dan Aktris Paling Sosmed.

FEBBY

Selain Febby, pelakon jelita, Haico Van Der Veken juga telah disebut-sebut oleh media sebagai aktres paling menyerlah 2020.

Peranannya sebagai Cinta menerusi sinetron Samudra Cinta telah melayakkan pelakon berusia 18 tahun itu menggondol anugerah Aktris Utama Paling Ngetop dalam anugerah SCTV Awards 2020.

Bahkan Haico juga disebut-sebut sebagai pelakon baharu yang bakal mengungguli senarai aktres di Indonesia pada masa akan datang.

Nama Mawar de Jongh mungkin agak asing sebagai salah seorang penyanyi di Indonesia. Namun perlahan-lahan, Mawar mula mengukir nama sebagai antara penyanyi yang mendapat perhatian.

Memulakan kerjaya seni sebagai pelakon dengan membintangi sinetron dan filem, Mawar beralih bidang mulanya sekadar mencuba nasib.

Ternyata percubaannya tepat kerana lagunya seperti Lebih Dari Egoku dan Sedang Sayang-Sayang telah menuai banyak kejayaan terhadap selebriti berusia 19 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI