fbpx

Pos kawalan PGA baharu di kawasan bebas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Nassuruddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada PGA yang bertugas di sempadan negara di Kubang Pak Itam, Meranti dekat Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi yang bersesuaian untuk pembinaan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) baharu di sekitar Pengkalan Kubor, Tumpat hingga ke Rantau Panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pembinaan pos baharu itu dijangka bakal memberikan keselesaan kepada pegawai dan anggota PGA yang bertugas ketika menjaga perbatasan negara selain terselamat daripada banjir.

Katanya, sehubungan dengan itu, kerajaan negeri juga sedia memberikan kerjasama dalam aspek penggunaan tanah di kawasan tertentu untuk kerja-kerja pembinaan.

“Pembinaan pos baharu juga bakal memberi banyak manfaat kepada anggota PGA yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembinaan pos kawalan tersebut. Permohonan juga pernah dibuat awal tahun ini dan kita akan panjangkan lagi perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyampaikan sumbangan kepada anggota PGA Batalion 7 yang bertugas di Kampung Kubang Pak Itam di sini semalam.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Deputi Superintendan Ku Majidin Che Ku Jusoh.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, 12 daripada 17 pos kawalan milik PGA di sepanjang Sungai Golok akan dinaik taraf bagi menggelak daripada terjejas sewaktu bencana banjir.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ramlan Harun semasa melakukan lawatan di beberapa pos yang terjejas banjir baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nasuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti berkata, pihaknya secara dasar optimis dengan penambahbaikan tersebut akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin sebelum tiba musim tengkujuh tahun depan.

Beliau berkata, justeru, pembinaan pos baharu akan dijalankan di tempat yang lebih tinggi supaya tidak mudah ditenggelami banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI