fbpx

Polis buru pesakit Covid-19 lari dari Hospital Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M Gunasegaran merupakan pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin, dekat sini, pagi ini.

TAMPIN – Polis kini sedang giat mengesan dan memburu seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, pesakit berkenaan M Gunasegaran, 33, dipercayai melarikan diri daripada hospital melalui tangga belakang wad yang menjadi laluan sampah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab, pihaknya kini sedang mempergiatkan usaha mengesan pesakit Covid-19 yang melarikan diri berkenaan.

“Polis menerima laporan dari penyelia Hospital Tampin, yang telah dimaklumkan oleh sister bahagian wad Covid (Wad 2C) seorang pesakit yang positif Covid-19 telah melarikan diri dari wad 2C.

“Pesakit yang beralamat di Sri Kembangan, Selangor telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 29 Disember,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Anuwal berkata, pesakit tersebut juga adalah bekas banduan dari Penjara Jelebu.

Menurutnya, usaha mengesan pesakit tersebut sedang giat dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin.

“Kerjasama dan maklumat daripada orang awam adalah diperlukan. Jika terkesan atau terjumpa subjek, sila hubungi mana-mana Balai Polis berhampiran atau bilik gerakan IPD Tampin di talian 06-4411222.

Orang awam juga boleh menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyalurkan maklumat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI