fbpx

Penggunaan ‘dummy buckle’ undang maut di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan ‘dummy buckle’ undang maut di jalan raya. - Foto IHSAN CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengharamkan penjualan alat pencangkuk tali pinggang keledar palsu atau ‘dummy buckle’ kerana ia boleh mengundang bahaya dan maut di jalan raya.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, alat berkenaan pada asalnya digunakan bagi individu bertubuh besar, namun disalah guna oleh mereka yang tidak mahu memakai tali pinggang keledar bagi menghentikan bunyi penggera amaran di dalam kebanyakan kenderaan terkini.

“Dengan memasukkan ‘dummy buckle’ itu ke pencangkuk tali keledar di tempat duduk, pemandu boleh mengelak daripada mendengar bunyi bising penggera amaran.

“Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) turut mengesahkan bahawa tindakan itu berkemungkinan tidak dapat menyelamatkan nyawa meskipun bag udara aktif jika berlaku perlanggaran ketika kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohaideen berkata, tinjauan pihaknya mendapati ‘dummy buckle’ boleh didapati dengan mudah di kedai aksesori kenderaan pada harga RM3 hingga RM8 seunit.

“Setakat ini belum ada undang-undang yang melarang penjualan produk itu dan kita menggesa KPDNHEP supaya menguatkuasakan undang-undang bagi mengharamkan penjualannya di pasaran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI