fbpx

Pegawai, 14 anggota polis dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien meninjau keadaan penghuni Madrasah Daril Naim di Melor, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Polis Kelantan masih menunggu laporan ujian saringan swab kedua melibatkan 14 anggota dan seorang pegawai polis selepas membawa seorang tahanan positif Covid-19 dari Selayang, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sebelum ini, ujian saringan pertama dibuat pada Jumaat lepas dan didapati mereka negatif.

“Semua mereka kini dikuarantin di rumah masing-masing dan kita masih menunggu laporan ujian saringan swab kedua.

“Mereka dikenal pasti merupakan kontak rapat dengan seorang tahanan positif Covid-19 dari Selayang, Selangor,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Madrasah Daril Naim di Melor di sini hari ini.

Madrasah Daril Naim dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu bermula kelmarin.

Mengulas lanjut, Shafien berharap keputusan ujian swab yang bakal keluar melibatkan pegawai dan anggota tersebut adalah negatif dan tiada anggota yang dijangkiti di dalam pasukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI