fbpx

Mi Watch Lite hadir dengan lima pilihan warna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI terbaharu keluaran Xiaomi untuk mereka yang pentingkan kecergasan.

BUAT mereka yang gemar melakukan aktiviti kecergasan, jam tangan pintar menjadi antara salah satu peranti yang wajib dimiliki.

Menyedari akan keperluan itu, syarikat teknologi global Xiaomi telah melancarkan jam tangan pintar iaitu Mi Watch Lite yang khusus untuk peminat aktiviti kecergasan.

Peranti itu boleh memantau dan merekod aktiviti kecergasan dan tahap kesihatan pengguna.

Dilengkapi dengan ciri GPS terbina, tekanan udara dan fungsi altitut, Mi Watch Lite dapat mengesan dan memberikan maklumat yang tepat mengenai aktiviti kecergasan yang anda lakukan.

Dalam masa yang sama jam pintar ini juga menyokong 11 mod sukan termasuklah aktiviti berlari, berenang, berbasikal dan mendaki.

Jam tangan pintar ini juga membantu pengguna dalam aspek kesihatan dengan mempunyai ciri pemantau kadar denyutan jantung.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri pemantauan waktu tidur untuk memantau pola tidur pengguna.

Dalam pada itu, dari segi reka bentuk Mi Watch Lite dilengkapi dengan skrin bersaiz 1.4 inci dengan resolusi 320×320 serta mempunyai lima pilihan muka jam.

Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 230mAh, peranti ini mempunyai jangka hayat sehingga sembilan hari melalui pengecasan selama dua jam.

Mi Watch Lite hadir dengan lima pilihan warna berbeza iaitu hitam, biru, hijau, putih dan merah jambu dan direka dengan tali yang mudah ditukar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI