fbpx

MBSA luluskan 808 permit penjaja sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para penjaja memohon permit menjaja sementara di kawasan Zon Selatan, di Dewan Liparis Seksyen 31, Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah meluluskan 808 permit penjaja sementara sehingga November lalu dalam membantu penduduknya yang terkesan sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, permit berniaga itu sebagai sebahagian usaha menggalakkan penjaja berniaga dengan selesa di lokaliti yang telah dikhususkan pihaknya.

Katanya, pihaknya juga telah mengeluarkan tambahan 62 permit sama bagi kawasan zon Zon Selatan pentadbiran baru-baru ini selepas permohonan permit dilaksanakan selama dua hari bermula 19 hingga 20 Disember lalu.

“Zon Selatan ini meliputi tapak di Seksyen 26, 27, 28, 31, dan 35 yang diharap dapat memberikan lebih keselesaan kepada penjaja untuk berniaga bagi menjana pendapatan mereka.

“Inisiatif permit itu secara langsung dapat memastikan para penjaja menjalankan aktiviti perniagaan dengan kebenaran dan mematuhi peraturan telah ditetapkan oleh MBSA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI