fbpx

Mardi bimbing 530 usahawan tani berjaya tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE Abdullah (tengah) mendengar taklimat mengenai penghasilan kopi pracampuran ekstrak pegaga daripada Mohd. Roff di Mardi Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berjaya membimbing seramai 530 usahawan pertanian sehingga mereka mampu berdikari dalam bidang perniagaan yang diceburi pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, 50 peratus daripada jumlah usahawan itu berupaya memperoleh pendapatan antara RM300,000 hingga RM3 juta setahun.

“Ramai usahawan yang sudah berjaya kini dijadikan ikon. Ia bertujuan untuk menjadi pembakar semangat kepada usahawan baru.

“Nama-nama produk besar seperti Ibrahim Food, Tamin, Jalen, Aminah Hassan dan Santan Food membuktikan hasil bimbingan Mardi berupaya membebaskan warga petani dari kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Produk Inovasi Makanan di Mardi Pasir Puteh di sini, hari ini.

Dalam majlis sama, Mardi turut melancarkan Program Bantuan Penjana B40 peringkat Kelantan membabitkan 15 peserta dalam bidang tanaman kontan dan Program Agropreneur Muda.

Mengulas lanjut, menurut Che Abdullah, Mardi juga mementingkan inovasi, penyelidikan dan teknologi yang bersandarkan disiplin saintifik yang merupakan kunci utama dalam membangunkan usahawan berjaya di negara ini.

Katanya, dengan berpegang kepada piagam pelanggan Mardi iaitu Dari Makmal ke Meja Makan, ia juga menjadi misi utama yang mampu melahirkan usahawan berdaya maju. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI