fbpx

Liverpool hilang pemain pertahanan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MATIP (tengah) mengalami kecederaan ketika menentang West Brom menyebabkan krisis kecederaan pemain pertahanan Liverpool meruncing. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dalam dilema apabila pasukan kendalianya itu terus dihimpit masalah kece­deraan apabila pemain pertahanananya, Joel Matip pula akan direhatkan susulan kecederaan ketika berdepan West Brom awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Reds sekadar me­ngutip satu mata selepas seri 1-1 ketika melayan kunjungan West Brom pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Sadio Mane menjaringkan gol pada minit ke-12 sebelum Semi Ajayi menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan.

Matip yang dikeluarkan pada minit ke-60 pada perlawanan itu dijangka direhatkan beberapa perlawanan apabila disahkan me­ngalami kecederaan pangkal paha.

Kecederaan yang menimpa pemain pertahanan Cameroon itu meresahkan Klopp apabila tiada pemain senior untuk menggantikan tempat Matip selepas Klopp hanya mempunyai pilihan menurunkan pemain berusia 19 tahun, Rhys Williams atau Nat Phillips.

Liverpool sudahpun kehilangan pemain utama seperti Joe Gomez, Virgil Van Dijk, Diogo Jota dan Thiago Alcantara.

“Matip cedera dan ini bukan kali pertama. Kami perlu menghadapinya dan mencari pemain gantian.

“Saya tidak tahu berapa lama tetapi dia tidak akan bermain dalam beberapa perlawanan akan datang,” kata Kloop. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI