fbpx

Kerajaan disaran beri kelonggaran PDK, Sekolah Khas beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk Shaary (tengah) menyampaikan sumbangan RM50,000 daripada Tabung Musaadah Covid-19 Jakim-Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) kepada Ras Adiba (kanan) di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan disaran agar memberi kelonggaran membenarkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Sekolah Pendidikan Khas beroperasi semula bagi mengurangkan tekanan golongan orang kurang upaya (OKU).

Presiden OKU Sentral, Senator Ras Adiba Radzi berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, rata-rata ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka menyebabkan tekanan kepada golongan anak istimewa tersebut.

Katanya, hal itu secara tidak langsung menyebabkan mereka mengalami tekanan  jiwa dan mental selain menyebabkan pergerakan terbatas.

“Apabila mereka tidak dapat belajar di PDK atau Sekolah Khas, mereka tidak keruan, emosi dan kestabilan terganggu hingga adakalanya mencederakan diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.

“Begitu juga dengan OKU yang memiliki masalah pembelajaran kerana mereka perlu kembali biasakan diri dengan kaedah pembelajaran agar tidak lupa apa yang telah diajarkan guru sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima Sumbangan Musaadah Covid-19 Kepada Persatuan OKU Sentral yang diserahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Pengasas OKU Sentral, Ilias Yaakob.

Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, sehingga kini sumbangan yang diterima orang ramai menerusi tabung berkenaan ialah sebanyak RM6,008,644.47 dan sejumlah RM3,705,416.98 telah disalurkan kepada golongan sasaran.

“Hari ini kita serahkan sumbangan RM50,000 kepada Persatuan OKU Sentral yang ketika ini memiliki ahli kira-kira 50,000 di seluruh negara.

“Pada masa sama kita akan bersama Senator Ras Adiba untuk memantapkan lagi kebajikan kepada golongan OKU sebagaimana sasaran kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI