fbpx

Isteri galas tugas cari rezeki sara keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAWAL (kanan) yang tidak mampu melakukan kerja berat terpaksa bergantung harap kepada Nur Safika (kiri) ketika ditemui di Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang bekas pemandu lori di Lorong Bestari, Kampung Sungai Bunyi, di sini terpaksa bergantung harap kasih seorang isteri selepas dia tidak mampu menggalas tugas sebagai ketua keluarga.

Shawal Radam, 38, terpaksa melepaskan tugas itu kepada isterinya, Nur Safika Ismail, 31, setelah dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Susulan itu, bapa dua anak itu terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori sebuah syarikat pengedaran motosikal kerana kesihatannya semakin merosot dan tidak mampu membuat kerja-kerja berat.

“Saya disahkan menghidap kencing manis dan buah pinggang sejak lima tahun lalu, isteri sayalah yang ambil alih tugas cari rezeki untuk kami sekeluarga.

“Jauh disudut hati saya kecewa dan hampa sebab tak mampu jadi ketua keluarga yang baik se­pertimana diimpikan setiap pasangan berumah tangga,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Namun, Syawal berkata, dia reda dan terima dengan hati terbuka ujian yang dihadapinya selain menganggap keperitan hidup yang dilalui pasti ada hikmahnya.

Menurutnya, isterinya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM40 sehari yang digunakan untuk membeli keperluan harian dan perbelanjaan persekolahan dua anak mereka.

Jelasnya, dua anaknya ma­sing-masing berusia lapan dan 13 tahun bersekolah di sekolah rendah serta menengah.

Syawal berkata, dia bersyu­kur kerana menerima pencen ilat sebanyak RM550, bantuan daripada baitulmal RM150 serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu kami sekeluarga untuk membayar bil-bil serta sewa rumah selain kos rawatan susulan hemodialisis dan ubat-ubatan.

“Kalau saya larat (sihat) saya ada membuat kerja-kerja membaiki motosikal tetapi pulangannya tidak menentu bergantung kepada jumlah permintaan orang ramai,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nur Safika Ismail di talian 014-2760069 atau menyumbang me­lalui akaun Bank Simpanan Nasional 0112241000100208.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI