fbpx

Harimau belang terus mengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERATAN Kosmo! 10 Oktober 2020.

DUNGUN – Harimau belang Hutan Simpan Rasau terus mengganas apabila membaham tiga ekor lembu peliharaan pe­neroka Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya di sini dalam tempoh dua minggu termasuk kejadian terbaharu, pada Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, seba­nyak empat ekor lembu hilang, manakala seekor lagi ditemui mati dengan kesan gigitan di leher.

Seorang penternak, Che Man Abdullah, 68, berkata, lembu yang mati dibaham Pak Belang itu ditemui di kawasan ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilo­meter dari kandang haiwan ternakan tersebut.

“Lima ekor lembu itu dikesan tidak pulang ke kandang pada Ahad lalu. Lebih menakutkan kami menjumpai ada kesan tapak kaki harimau berhampiran kawasan kandang lembu.

“Kami berasa risau bukan sahaja lembu, tetapi keselamatan diri dan pekerja ladang lain. U­saha untuk menangkap harimau sejak hampir sebulan lalu masih tidak berhasil,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, pekerja ladang, Alias Mamat, 57, memberitahu, anaknya, Mohd. Arif Fadillah, 25, menjumpai tapak kaki harimau belang pada pukul 6 petang kelmarin.

“Pada waktu itu, anak saya sedang mengutip buah sawit. Dia yang ketakutan menghubungi saya untuk memaklumkan pe­nemuan tersebut.

“Tapak kaki harimau itu masih basah. Ada dua saiz, satu besar dan satu lagi kecil,” katanya.

Alias berkata, penemuan terbaharu tapak kaki harimau itu ditemui berhampiran kandang lembu ternakan peneroka, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kebanyakan lembu ternakan di­serang haiwan buas tersebut sebelum ini.

Setakat ini, sebanyak 35 ekor lembu ternakan peneroka Felda Kerteh 4 telah dibaham harimau belang yang dipercayai berasal dari Hutan Simpan Rasau berhampiran.

Kosmo! pada 10 Disember lalu melaporkan seramai 309 pe­neroka terutama 30 pengusaha haiwan ternakan di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya hidup dalam ketakutan berikutan serangan harimau belang ke atas haiwan mereka sejak awal tahun ini.

Lebih membimbangkan, kejadian itu semakin menjadi-jadi sejak bulan lalu.

Secara purata tiga ekor lembu menjadi mangsa harimau belang dalam tempoh seminggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI