fbpx

Bekalan barangan keperluan cukup, mudah diperolehi -Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, jaminan itu diberikan selepas pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 640 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan semalam.

Katanya, pemantauan tersebut melibatkan 458 peruncit, pemborong (150) dan pengilang (32).

“Secara keseluruhan, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperolehi.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang bercuti bersama keluarga mahupun ketika pulang ke kampung dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Sentiasa amalkan budaya norma baharu serta kawalan kendiri pada setiap masa dan di mana jua kita berada demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI