PETALING JAYA – Seramai seramai 94,126 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga 29 Disember 2020 lalu.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kesemua telah ditempatkan di 73 hotel dan 17 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta.
“Daripada jumlah itu, seramai 6,747 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala
540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Seramai 86,839 individu telah dibenarkan pulang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai Op Sanitasi Awam, sebanyak 23 operasi sanitasi meliputi 15 zon merah, tiga zon jingga, tiga zon kuning dan empat zon hijau telah dilakukan semalam.
Jelas beliau, operasi itu melibatkan 10 buah negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan.
“Sejak 30 Mac 2020, pihak berkuasa telah melakukan 13,154 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.
“Sebanyak 14,756 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,941 pusat perniagaan, 1,695 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,951 tempat awam, 357 pasar raya dan 6,812 bangunan kerajaan,” katanya. -K! ONLINE