fbpx

7 remaja dituduh aniaya budak perempuan 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam tertuduh bawah umur dihadapkan atas pertuduhan menganiaya seorang budak perempuan 12 tahun di Mahkamah Kanak-Kanak Kemaman di sini hari ini.

KEMAMAN – Tujuh remaja termasuk enam masih di bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan memperkosa dan melakukan persetubuhan luar tabii seorang murid perempuan tahun enam pada awal bulan ini.

Kesemua tertuduh yang berusia 14 hingga 19 tahun masing-masing menghadapi satu hingga lima pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (b) akta sama.

Tertuduh pertama, Mohd. Aiman Abdullah, 19, menghadapi tiga pertuduhan iaitu dua mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan satu Seksyen 377 (b) akta sama di Mahkamah Majistret di sini.

Dia yang diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar membuat membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Dalam pada itu, enam lagi tertuduh yang masih di bawah umur pula menghadapi satu hingga lima pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa sama di Mahkamah Kanak-Kanak.

Mereka yang kesemua diwakili peguam, Akmal Wahidah Abd. Halim juga tidak mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Kesemua tertuduh dituduh melakukan kedua-dua perbuatan berkenaan terhadap seorang budak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di bandar Chukai antara pukul 4 pagi, 7 Disember lalu hingga pukul 12 tengah malam 8 Disember lalu.

Kosmo! 11 Disember lalu melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendakwa diperkosa kumpulan remaja lelaki termasuk salah seorangnya baru dikenali menerusi aplikasi WhatsApp. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI