PETALING JAYA- Syarikat terlibat memalsukan label logo halal pada bekalan daging import hingga mencetuskan kekeliruan orang ramai khususnya umat Islam akan didakwa di mahkamah esok.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya juga membekukan aset syarikat itu bernilai RM1 juta.
“Kita juga telah merampas bekalan daging syarikat itu dan akan mendakwanya dalam masa terdekat. Esok kita akan dakwa bagi kesalahan memalsukan (sijil halal).
“Kita juga merampas sebanyak 24 unit setem getah yang digunakan untuk mengecop kotak bekalan daging yang mendapat permintaan tinggi di pasaran,” katanya di Dewan Negara tadi. -K! ONLINE