fbpx

Serangan siber tak jejas operasi portal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAN SRI AFFENDI BUANG

PETALING JAYA- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan satu serangan siber terhadap rangkaian data milik ATM semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu telah dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.

“Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan
mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.

“Serangan siber tersebut gagal menjejaskan operasi portal sebenar sebaliknya hanya berjaya menggodam segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, ATM menyedari serangan berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki pihak Kementerian Pertahanan dan ATM.

Justeru, pihaknya sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa kesemasa terutama melalui peranan BSEP dan CDOC.

Katanya, kedua-dua bahagian itu berfungsi memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM selain melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.

“ATM sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat dikesan awal seterusnya ditangani sewajarnya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI