fbpx

Seorang maut, empat cedera kemalangan kereta, dua treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua buah treler tanpa muatan mengakibatkan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian manakala semua lorong ke utara terhalang sepenuhnya.

KUALA KUBU BARU – Seorang lelaki maut manakala empat lagi individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua buah treler tanpa muatan di Kilometer 399.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan penyelamat Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, anggota mendapati kemalangan melibatkan sembilan individu dari kereta jenis Perodua Bezza dan dua buah treler tanpa muatan.

“Tiada mangsa yang tersepit namun seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat yang lain termasuk dua wanita mengalami cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, PLUS dalam kenyataan melalui Twitter Plusline1800880000 memaklumkan semua lorong terhalang akibat kemalangan tersebut dan semua pengguna dilencong keluar ke Plaza Tol Tanjung Malim.

“Kesesakan berlaku sehingga dua kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, lorong tengah dan lorong kanan laluan tersebut mula dibuka sejak pukul 7.37 pagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI