fbpx

Sedia kerjasama dengan Mahathir namun perlu patuhi prinsip PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim selepas merasmikan buku "100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi 2008 hingga 2011 di Shah Alam hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sesiapa sahaja boleh diundang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai Pakatan Harapan (PH), namun perlu mematuhi prinsip penubuhannya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi memastikan tiada agenda peribadi yang akan menyebabkan kehancuran seperti berlaku sebelum ini.

“Itu terserah kepada PH, sesiapa pun kita boleh undang tetapi patuh pada prinsipnya, bukan bawa agenda peribadi dan kebobrokan yang lama.

“Fokus isu adalah menjamin satu keadaan lebih baik bagi negara kita, ekonominya dan keselesaan rakyat,” katanya ketika pemberita selepas majlis peluncuran buku “100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi 2008 hingga 2011 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada PH plus akan bergabung dengan Mahathir atau mana-mana politik yang lain.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang merupakan Presiden PKR itu menegaskan cadangan gabungan yang lebih besar perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam memberikan keyakinan kepada rakyat berhubung keseriusan kita untuk menyelesaikan masalah dalam memacu ekonomi, keadilan bagi rakyat dan mengatasi masalah kemiskinan.

“Apakah bawa perubahan ke arah kebaikan atau mempertahankan kecurangan dan kebobrokan yang ada atau membuat tempelan dan menyerang puak-puak lain yang rasuah tetapi tutup mata dengan pembaziran, kegolojohan dan ketamakan rakan-rakan kita sehingga berlaku pengkhianatan.

“Selain itu, membuat langkah tidak menunjukkan kehebatan kita menangani masalah kemiskinan. Bagi saya, ini pokok (isu utama) yang harus ditangani,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI