fbpx

Sean Yee buru rekod baharu kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEAN YEE percaya jika dia berjaya mencatat ketinggian lebih 1.83m akan mampu mencerahkan peluangnya mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Hanoi nanti.

RATU lompat tinggi kebangsaan, Yap Sean Yee bertekad untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam persediaan sebelum menghadapi Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam yang akan berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember tahun depan.

Sean Yee, 25, sudah tiga tahun tidak mencipta rekod kebangsaan baharu sejak mencatat 1.83 meter (m) ketika meraih pingat gangsa pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Atlet dari Kuala Lumpur itu merasakan rekod baharu de­ngan catatan mengatasi ketinggian 1.83m mampu mencerahkan peluangnya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina pada edisi ke-31 di Hanoi nanti.

“Latihan dan persediaan saya berjalan seperti biasa sekarang kerana sasaran utama ialah me­lakukan catatan peribadi baharu (rekod kebangsaan).

“Jika saya dapat capai sebelum Sukan SEA 2021 bermula, saya akan cuba lakukannya sekali lagi pada Sukan SEA nanti. Saya tidak pasti sasaran atlet lain tetapi inilah yang saya mahu lakukan,” katanya.

Sean Yee sempat beraksi pada satu kejohanan iaitu Terbuka Allcomers Perak di Ipoh dengan melakukan catatan 1.76m pada Februari lepas sebelum segala perancangannya terjejas di­sebabkan pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.

Walaupun sudah lama tidak merasai suasana pertandingan, namun Sean Yee masih berupaya melakukan lompatan setinggi 1.81m sewaktu sesi ujian dan jarak kebangsaan pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, Sean Yee gagal mengekalkan momentum itu apabila dia sekadar mencatat 1.68m, berkongsi had ketinggian dengan atlet heptatlon yang juga bekas pemegang rekod lompat tinggi kebangsaan, Norliyana Kamaruddin pada kejohanan simulasi awal bulan ini.

Juara kejohanan yang dianjurkan di Majlis Sukan Negara (MSN) itu menjadi milik Ng Jia Xin de­ngan catatan 1.71m.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI