fbpx

Rossi masih penting buat Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI bakal menyertai pasukan Petronas SRT musim depan tetapi kemahirannya masih diperlukan oleh Yamaha dalam proses mengumpulkan data. – AFP

MONZA, ITALI – Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis menegaskan, Valentino Rossi tetap menjadi tunjang pasukan tersebut meskipun sudah berhijrah ke pasukan satelit musim depan.

Selepas 15 musim bersama pasukan utama Yamaha, pelumba kelahiran Itali itu akhirnya mengambil keputusan menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT) bagi sai­ngan 2021.

Meskipun mengakui Fabio Quartararo dan Maverick Vinales adalah pelumba utama Yamaha, namun Jarvis percaya pengalaman yang dimiliki Rossi mampu membantu pasukan berkenaan.

“Dia sudah menabur bakti bersama pasukan Yamaha selama 15 tahun dan ia sesuatu yang menakjubkan. Dia bersama Yamaha dari 2004 hingga 2010, kemudian dia kembali menyertai Yamaha pada 2013.

“Mungkin ada sedikit perubahan selepas dia mengambil keputusan untuk berhijrah tetapi tidak banyak perbezaan kerana Rossi akan menerima sokongan penuh daripada pasukan utama,” kata Jarvis.

Beliau yang juga prinsipal pasukan Monster Energy Yamaha percaya jurutera pasukan itu memiliki kelebihan kerana bakal menerima maklumat daripada pelumba-pelumba yang menggunakan enjin Yamaha.

“Memiliki ramai pelumba di litar akan beri kelebihan kepada kami. Ia boleh digunakan menambah baik kemampuan jentera,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI