fbpx

Potensi cerah graduan baharu mendapat pekerjaan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peluang bagi graduan baharu untuk mendapatkan pekerjaan tahun depan dan pada 2022 dilihat agak cerah, berdasarkan keputusan tinjauan terbaharu oleh syarikat pengambilan pekerja, Talentbank.

Tinjauan yang dilakukan pada Oktober lalu itu mendapati, sebanyak 73.41 peratus daripada 196 organisasi yang ditinjau berhasrat untuk menggaji graduan baharu keluaran institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini pada tahun depan.

Sebanyak 21.97 peratus daripada responden pula tidak pasti dengan keputusan untuk mengambil graduan, manakala peratusan kecil selebihnya ­menyatakan mereka tidak berminat mengambil pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Ta­lentbank, Ben Ho berkata, peluang pekerjaan bagi tahun sete­rusnya juga dilihat positif dengan 76.3 peratus responden optimis mereka akan mengambil pekerja daripada kalangan graduan baharu.

Menurut beliau, hasil tinjauan tersebut telah memberikan be­rita baik kepada golongan gra­duan dalam suasana ketidakpastian ekoran wabak Covid-19 yang mana ketika ini banyak syarikat mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan mengurangkan tenaga kerja.

“Ia juga mencerminkan universiti di Malaysia menghasilkan graduan dengan set kemahiran betul dan diperlukan industri.

“Sebanyak 80.35 peratus daripada responden adalah mereka yang memegang jawatan kanan di organisasi bersaiz sederhana dan besar yang mana 33.53 pe­ratus daripadanya merupakan syarikat senaraian awam,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Hasil tinjauan tersebut me­nunjukkan, prospek pekerjaan yang baik bagi graduan baharu dalam bidang perakaunan, pe­ngurusan perniagaan, pemasaran, komputer dan teknologi maklumat, pengurusan sumber manusia, kejuruteraan mekanikal, elektronik dan kejuruteraan elektrik, perbankan dan ekonomi.

Purata gaji bulanan yang ditawarkan adalah antara RM2,501 dan RM3,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI