fbpx

PKPD dikuatkuasakan di Kemta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Kamunting (Kemta) Taiping, Perak susulan peningkatan kes positif Covid-19 di fasiliti berkenaan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 24 Disember lalu, sebanyak 1,490 saringan telah dilaksanakan terhadap tahanan di fasiliti berkenaan dan daripada jumlah itu seramai 50 individu telah didapati positif Covid-19.

“Susulan itu, kerajaan berpandukan nasihat serta penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) telah bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kemta beserta kuaters bermula esok (30 Disember) sehingga 12 Januari 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan untuk mengawal kluster sedia ada dan menghalang penularan kepada banduan lain, kakitangan, ahli keluarga serta komuniti di luar Kemta,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata, sejak 24 Disember lalu seramai 93,728 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 75 hotel serta 17 Institut Latihan Awam seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 7,518 sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala 85,670 pula telah dibenarkan pulang.

“Kesemua mereka yang menjalani kuarantin wajib ini telah pulang dari 36 negara antaranya Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Laos dan Qatar,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI