fbpx

Pengecualian cukai jualan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan bersetuju untuk meluluskan lanjutan pengecualian cukai jualan ke atas kereta penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, lanjutan pengecualian sehingga 30 Jun tahun depan itu adalah di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi terus memacu momentum pekembangan sektor automotif.

Kenyataan itu berkata, lanjutan itu melibatkan pengecualian sepenuhnya cukai jualan ke atas kereta penumpang termasuk MPV dan SUV yang dipasang dalam negara (CKD) manakala pengecualian 50 peratus dikenakan kereta import (CBU) baharu dan terpakai.

“Kementerian Kewangan bersetuju untuk meluluskan lanjutan pengecualian sepenuhnya cukai jualan yang dikenakan ke atas kereta penumpang (termasuk MPV dan SUV) CKD.

“Pengecualian 50 peratus cukai jualan pula dikenakan ke atas kereta penumpang (termasuk MPV dan SUV) CBU import baharu dan CBU import terpakai,” katanya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI