fbpx

Mourinho persoal kesungguhan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NDOMBELE (tengah) membuka tirai jaringan untuk meletakkan Spurs di hadapan tetapi mereka terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 menentang Wolves awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mempersoalkan kesungguhan para pemain dan hala tuju pasukan itu selepas mereka terlepas peluang meraih kemenangan.

Spurs terlepas dua mata berharga apabila sekadar terikat 1-1 menentang Wolverhampton selepas lawan mereka menja­ringkan gol pada minit ke-86 menerusi Romain Saiss untuk me­madam kelebihan jaringan Tanguy Ndombele seawal minit pertama perlawanan.

“Satu mata ketika menentang pasukan seperti Wolves bukanlah suatu yang teruk kerana mereka adalah pasukan yang kuat tetapi mendahului pada minit pertama kemudian bolos pada penghujung perlawanan adalah suatu yang mengecewakan.

“Saya tahu cara mempersiapkan pasukan ini, saya tidak mahu bercakap lebih daripada itu. Kami tidak mempunyai cita-cita dan keinginan untuk melangkah lebih jauh.

“Anda tahu cara saya bekerja. Saya memahami pasukan dan pemain saya lebih berbanding orang lain.

“Saya sangat kecewa dengan keputusan ini. Kami mengawal permainan dan mempunyai peluang untuk kembali berada di hadapan pada minit ke-89 tetapi kami gagal melakukannya.

“Pada saya ia bukanlah me­ngenai menjaringkan gol semata-mata tetapi bagaimana cara kami memberikan ancaman serta kesungguhan untuk menang, itu masalah utama.

“Anda menjaringkan gol pada minit pertama, selepas itu pada minit ke-89 baru anda kembali bersungguh untuk mendapatkan jaringan. Itu bukan suatu yang baik.

“Sudah tentu ia menjadi satu kebimbangan dan apa yang lebih meresahkan adalah kami menja­ringkan gol awal kemudian tidak mampu membunuh perlawanan itu. Anda perlu melakukan, ia ­semudah itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI