fbpx

Liverpool lemas aksi bertahan West Brom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (kanan) berjaya meledak gol untuk meletakkan Liverpool di hadapan. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya West Bromwich Albion berhak mendapat satu mata selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

The Reds menampilkan aksi cukup garang pada separuh masa pertama apabila menguasai sepenuhnya perlawanan selain menjaringkan satu gol menerusi Sadio Mane pada minit ke-12.

Bagaimanapun, ketika Liverpool ghairah memburu gol ke­dua, mereka dikejutkan dengan gol penyamaan yang dijaringkan Semi Ajayi ketika perlawanan berbaki lapan minit.

“Saya fikir tidak ada sesiapa yang jangka West Brom akan bermain seperti itu pada separuh masa pertama. Mereka seolah-olah bermain menggunakan formasi 6-4-0.

“Pada separuh masa kedua, West Brom menggunakan taktik serangan balas pantas dan mereka mendapat banyak sepakan sudut. Saya akui ia adalah kesilapan kami sendiri,” kata Klopp.

Tambah bekas jurulatih Borussia Dortmund itu lagi, West Brom melakukan tugas yang cukup baik sepanjang 90 minit perlawanan bagi memastikan mereka membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

“Ia satu perlawanan yang cukup sukar tetapi West Brom berhak untuk dapatkan satu mata. Kami gagal untuk manfaatkan peluang-peluang yang terhidang,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI