fbpx

Lelaki kahwin dua wanita serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekeping gambar Sunan (tengah) bersama dua orang isterinya yang dirakam pada majlis persandingan mereka. – SUARA.COM

JAKARTA – Seorang lelaki tular di media sosial apabila sebuah video menunjukkan dia bersanding dengan dua wanita sekali gus dalam satu majlis perkahwinan di Kabupaten Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.

Bapa lelaki yang dikenali sebagai Sunan tersebut, Sudadi berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya itu akan membuat keputusan mengahwini dua wanita sekali gus.

“Walaupun pada mulanya saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku, namun saya tidak menolak dan menerima keputusan Sunan untuk berkahwin dengan kedua-dua wanita itu.

“Disebabkan Sunan bekerja sebagai pemandu, saya akan turut membantunya dari segi keperluan harian keluarga baharunya itu dan berharap jodoh mereka kekal selamanya,” katanya.

Selain itu, salah seorang pengantin perempuan, Anggun Andini berkata, dia tidak kisah untuk hidup bermadu, tetapi dia mahu supaya tinggal berasingan dengan madunya.

“Saya mengenali Sunan selama tiga bulan dan kami berkenalan melalui aplikasi WhatsApp sahaja.

“Saya bersetuju untuk berkahwin dengannya kerana Sunan merupakan seorang yang baik dan saya tidak kisah untuk bermadu,” ujarnya.

Anggun berkata, walaupun mengetahui Sunan sudah mempunyai teman wanita yang kini merupakan madunya, dia tetap ingin meneruskan perkahwinan tersebut.

Sementara itu, bapa saudara Sunan, Ripan berkata, perancangan perkahwinan tersebut berlaku apabila keluarga kedua-dua wanita itu datang ke rumah anak buahnya dan meminta supaya mengahwini anak mereka.

“Pada awalnya, keluarga Anggun datang ke rumah orang tua Sunan dan meminta supaya anaknya dikahwinkan dengannya.

“Selepas beberapa jam mereka pulang, keluarga seorang lagi wanita pula datang ke rumah meminta perkara yang sama.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua keluarga tersebut, maka kami bersetuju untuk mengadakan majlis seperti yang berlangsung hari ini (Sabtu lalu),” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI